Friday, May 29, 2009

SMK Methodist (ACS) Sitiawan Dalam Kenangan


Selama 4 bulan mengajar disekolah nie..macam-macam yang aku lalui..sebelum masuk ke sekolah ni, aku memang takut betul, takut aku tak mampu penuhi komitmen mengajar disekolah rangking ke-2 dalam daerah Sitiawan dari segi pencapaian akademiknya..tapi bila mula-mula menjejakkan kaki di sekolah ini, iaitu pada pagi 12 Januari 2009, aku mendapat layanan yang begitu istimewa daripada guru dan staf di pejabat....untuk pengetahuan, sekolah ni bukan bantuan penuh kerajaan tetapi hanya sekolah bantuan modal dari kerajaan iaitu dari segi bekalan guru dan buku teks. Kemudahan infrastruktur sekolah ni pula adalah dari bantuan atau tajaan gereja, persatuan dan orang perseorangan..jadi, sekolah ni dari segi infrastruktur sedikit nampak "old school" la..pelajar-pelajarnya pula terdiri daripada Cina, India, Melayu dan lain-lain. Budaya sekolah ni pulak, pelajar-pelajarnye nampak sedikit 'poyo' atau rase mereka lagi bagus dari cikgu...lagi2 la yang tingkatan 4, 5, 6 tu..tapi dah rezeki aku, kena ngajar sesi petang budak tingkatan satu, dua...alhamdulillah..terlepas aku satu bala...Cikgu-cikgu sekolah ni pulak keseluruhannya semua OK dan mesra...guru pembimbing aku lagi la sporting, iaitu Pn Jazlida..markah aku semua die bagi A...hehe...cume satu je cikgu aku tak suke, guru disiplin iaitu Mr Mogan (bukan nama sebenar). Sebab aku tak suke sebabnya dia gunakan pelajar aku suruh jaga kerete mesdis kokak dia tu...ade ke patut? pastu dia suka cakap berbelit-belit membela kaumnya la tu konon..jahat betul die..antara yang menjadi mangsa die ialah guru pembimbing aku..mak ayah pelajar datang serang guru pembimbing aku sebab kata-kata guru pembimbing aku telah di putar belitkan oleh pelajar yang kene marah dan juga dibantu diputarkan lagi oleh si mogan tu.............(bersambung.........)

Wednesday, April 1, 2009

Jika......

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa


Nukilan Allahyarham Usman Awang

Ramai Guru di Malaysia Sakit Jiwa ?

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental.PESAKIT mental terpaksa berjumpa pakar psikiatri secara berkala.BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.Bagi Noreha (bukan nama sebenar), selain terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga, dia turut tertekan dengan kerenah pengetua sekolah tempatnya bertugas.Guru berusia 46 tahun itu yang ditemui di Wad Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, dek kerana tekanan, dia sering diketepikan dalam pelbagai aktiviti sekolah."Sebelum ini saya memang sudah mengalami tekanan. Pengetua pula selalu mempertikaikan cuti yang saya pohon sedangkan surat daripada doktor disertakan."Bila kerja semakin bertambah, dicampur pula dengan tekanan daripada orang atas dan kerenah anak-anak, saya semakin runsing," katanya.Noreha yang merupakan penanda kertas peperiksaan Matematik untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) memberitahu, dia sebenarnya seronok menjadi guru."Saya memang suka mengajar, lebih-lebih lagi apabila murid banyak bertanya dan cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi keadaan sekeliling seperti pengurusan sekolah dan rakan sejawatan banyak memberi tekanan."Ada juga yang faham keadaan saya, tetapi lebih ramai yang mengatakan saya gila. Mereka tidak faham mengapa saya perlu cuti untuk pergi berjumpa pakar psikiatri. Mereka juga anggap saya terlalu ikutkan perasaan," jelasnya.HARAPAN yang tinggi terhadap keputusan peperiksaan pelajar turut memberi tekanan kepada golongan guru.Noreha yang berasal dari Pulau Pinang tidak menafikan pihak sekolah ada memberi pelepasan kepadanya tetapi apa yang menyesakkan fikirannya ialah cutinya sering menjadi buah mulut orang.Ada yang mendakwa Noreha sengaja menjadikan tekanan yang dialaminya sebagai alasan untuk bercuti."Secara fizikalnya saya memang sihat, tetapi dalaman saya berkecamuk. Saya bukan buat-buat sakit. Ikutkan hati, saya tak mahu masuk hospital dan tinggalkan keluarga dan kerjaya saya," katanya.Ibu kepada dua orang anak ini juga memberitahu, dia cuba untuk mengawal perasaannya daripada terus tertekan, tetapi adakalanya semakin dia cuba untuk tenang, semakin agresif pula jadinya."Kadang-kadang saya tak rasa tertekan. Saya rasa sihat, tetapi orang sekeliling tak anggap begitu, mereka mula sorokkan pisau. Kebelakangan ini saya kerap dimasukkan ke wad berbanding dulu," katanya.Kerja tujuh hari semingguBerbeza dengan Norehan, akibat terbeban dengan kerja sebagai guru JQAF, Zaimah Mishan, 42, pernah mengalami sakit jiwa.Dia yang mengajar sekolah aliran agama tidak mampu untuk menanggung beban tersebut lebih-lebih lagi banyak masa dihabiskan di sekolah berbanding bersama keluarga."Saya pernah mengalami masalah jiwa iaitu kecelaruan bipolar sehingga saya tidak mampu mengajar. Enam bulan saya dirawat dan direhatkan."Ramai melihat guru JQAF tidak banyak kerja memandangkan mereka hanya mengajar agama tidak seperti sekolah aliran kebangsaan. Namun, mereka juga dibebani dengan komitmen luar," katanya.Zaimah yang pernah mengajar di beberapa buah sekolah berkata, ada pengurusan sekolah yang memahami tanggungjawab guru JQAF namun ada juga sekolah yang menyamakan guru JQAF seperti guru-guru lain."Semasa saya mengajar di sekolah A, saya pernah bekerja tujuh hari seminggu, dari pagi hinggalah petang sampaikan tiada masa untuk suami dan anak-anak."Hari Isnin hingga Jumaat, saya mengajar seperti biasa. Kadang-kadang saya diminta menggantikan guru lain mengajar subjek bukan aliran JQAF."Hari Sabtu pula, ada kegiatan kokurikulum yang mana semua guru terlibat dan hari Ahad pula saya selaku guru JQAF diwajibkan terlibat dalam Kem Bestari Solat," katanya.Menurut Zaimah, beban terlalu berat yang tidak dipantau oleh pegawai yang sepatutnya itu ternyata memberi kesan kepada guru-guru JQAF."Kami terbeban, tersepit, letih, dan hampir kena mental block. Masa yang ada untuk berehat ialah waktu malam, itu pun kami terpaksa bawa pulang buku latihan murid-murid untuk ditanda."Itu tidak termasuk kursus atau kertas kerja yang perlu dibereskan untuk aktiviti gerak kerja," katanya.Zaimah yang baru lima bulan mengajar semula selepas bercuti panjang menjelaskan, keadaan dirinya ketika 'sakit' dahulu bertambah teruk lebih-lebih lagi apabila suaminya berkahwin lain dan anak-anak enggan berjumpa dengannya."Bila saya tertekan dengan kerja, suami kata dia nak kahwin lain dengan alasan saya terlalu sibuk dengan kerja. Keadaan saya bertambah teruk waktu itu."Bila sakit saya datang, anak-anak tidak mahu dekat dengan saya. Hanya keluarga saya yang datang memberi sokongan untuk saya jalani terapi dan rawatan di hospital."Selepas bercuti lama, saya mengajar di sekolah lain. Alhamdulillah, selepas menjalani rawatan dan sesi kaunseling, saya sudah boleh mengawal tekanan di tempat kerja. Suami dan anak-anak pula sudah kembali pada saya," katanya

Biarku Menjadi Lilin

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapanBiar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh
Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatanKeikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara juaBiarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan
Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri..

Friday, February 20, 2009

Video Darah Satria

Latihan Khas Senjata


(Penulis semasa di pusat latihan peperangan khas)

Darah Satria

Lautan luas banjaran gunung
Rezeki nan melimpah
Bawah langitnya kami bernaung
Rasa kasih tercurah…

Tanah airku bumi bertuah
Tiada bandingannya
Rela bersatu ganding tenaga
Mendaulatkan tenaga
Dengan… sepenuh keazaman

Semangat mu nan waja
Keranamu rela berkorban
Engkaulah pertiwi yang tercinta
Darah satria..…berkobar didada

Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
Serta sanak saudara
Membuktikan kesetiaan kita
Pada bumi Malaysia…
Dengan… sepenuh keazaman

Semangat mu nan waja
Keranamu rela berkorban
Engkaulah pertiwi yang tercinta
Darah satria..…berkobar didada

Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
Serta sanak saudara
Membuktikan kesetiaan kita
Pada bumi Malaysia…
Darah satria..

Ayuhlah Bangsaku..

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara..

(lagu ni dulu aku belajar mase kat Kem Putra Peringat, Kota Bharu...tahun 1998)

Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima

Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira

Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan..

Saturday, February 14, 2009

Seni Dalam Islam

Islam tidak pernah dikenali sebagai agama pemisah antara duniawi dan ukhrawi, antara politik dan pemerintahan, antara urusan peribadi dan lapangan kemasyarakatan. Sifat-sifatnya sebagai ad-din memberikan ruang lingkup yang luas di dalam pelbagai bidang terutamanya budaya dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh syariat. Jauh sekali dari tanggapan beberapa golongan yang melihat seni sebagai serpihan yang terpisah dari ajaran agama. Islam telah menjawab pewrsoalan itu dengan memancarkan artifak berupa seni kaligrafi dan seni hias yang mengagumkan. Malahan tempat beribadah bagi menyatakan dan melafazkan kebesaran Allah S.W.T. secara berjemaah juga dihias dengan kesenian yang melambangkan rasa qudus yang tidak terhingga.

Sifatnya sebagai agama yang syumul membenarkan imaginasi dan kreativiti yang sememangnya ada dalam pemikiran umat. Seniman-seniman Islam menggunakan kekuatan imaginasi dan kreativiti tersebut sebagai anugerah dan amanah Allah S.W.T. yang perlu dijaga, disubur dan disemai dalam ruang dan batasan yang dibenarkan oleh syari'at.
Seni sebagai manifestasi yang mengandungi perlembagaan, hasrat yang bermakna dalam pendedahan kepelbagaian citarasa manusia, kesedihan yang berlarutan dan kasih sayang yang berpanjangan. Ia bukan benda mati yang terhimpun dalam muzium dan galeri sekadar memberi penikmatan visual semata-mata. Hasil-hasil kesenian Islam merupakan objek hidup yang digunakan dalam kehidupan harian muslim. Istilah seni gunaan dan seni halus tidak boleh dipisahkan dalam pengertian kesenian Islam. Ia bukan sahaja halus tetapi juga digunakan. Permaidani tidak sekadar dihampar, tetapi digunakan dalam penyataan sujud kepada Allah S.W.T. di masjid-masjid dan di rumah-rumah.

Manusia memerlukan seni dan seni tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan, malahan seni yang luar biasa dan mengkagumkan adalah seni yang berhubung erat dengan perihal keperluan kerohanian manusia. Seni juga merupakan pancaran dari pengucapan dan sentuhan jiwa seni seniman yang tersembunyi disebalik pemikiran dan daya imaginasi yang terserlah dalam kepekaannya terhadap alam sekitar. Islam membenarkan seni yang berlegar dalam ruang pengucapan keindahan yang mencetuskan kebenaran.

Tradisi kesenian barat jarang berlaku jujur dalam menggarap seni keindahan. Keindahan yang dipancarkan dalam seni barat tidak pernah terpisah dalam kegiatan penciptaan imej. Manusia dan perwatakkannya dipersembahkan dengan sewenang-wenang sebagai slogan manusia menguasai alam dan manusia sebagai pusat aktiviti.

Islam tidak menolak bahawa manusia sebagai aspek penting dalam kehidupan manusia sebagaimana dijelaskan dalam Al-Quran bahawa manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi. Manusia dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan mentadbir dunia dengan undang-undang-Nya, namun begitu Islam mempertikaikan manusia dijadikan imej penciptaan . Islam menjadikan kemanusiaan ( bukan manusia ) dan aktiviti yang dilakukan oleh manusia sebagai sumber dan bahan pengkaryaan.

Perbezaan antara kesenian Islam dan kesenian barat terletak pada dasar yang berpaksikan tauhid. Sungguhpun pada mulanya kesenian Barat-Eropah mempunyai ikatan yang kuat dengan gereja, manakala agamanya selalu dipersembahkan melalui seni dan kesenian bertujuan untuk mempertebalkan keagamaan, namun pergolakkan yang berlaku di Eropah dalam zaman Renaissance menunjukkan setiap bidang kehidupan telah mulai melepaskan ikatannya daripada pengaruh gereja. Pemisahan antara agama dan dunia yang dikenali sebagai sekularisme mempengaruhi kegiatan kesenian sehingga meninggalkan kesan yang besar dalam perkembangan kesenian di Eropah.