Friday, May 29, 2009

SMK Methodist (ACS) Sitiawan Dalam Kenangan


Selama 4 bulan mengajar disekolah nie..macam-macam yang aku lalui..sebelum masuk ke sekolah ni, aku memang takut betul, takut aku tak mampu penuhi komitmen mengajar disekolah rangking ke-2 dalam daerah Sitiawan dari segi pencapaian akademiknya..tapi bila mula-mula menjejakkan kaki di sekolah ini, iaitu pada pagi 12 Januari 2009, aku mendapat layanan yang begitu istimewa daripada guru dan staf di pejabat....untuk pengetahuan, sekolah ni bukan bantuan penuh kerajaan tetapi hanya sekolah bantuan modal dari kerajaan iaitu dari segi bekalan guru dan buku teks. Kemudahan infrastruktur sekolah ni pula adalah dari bantuan atau tajaan gereja, persatuan dan orang perseorangan..jadi, sekolah ni dari segi infrastruktur sedikit nampak "old school" la..pelajar-pelajarnya pula terdiri daripada Cina, India, Melayu dan lain-lain. Budaya sekolah ni pulak, pelajar-pelajarnye nampak sedikit 'poyo' atau rase mereka lagi bagus dari cikgu...lagi2 la yang tingkatan 4, 5, 6 tu..tapi dah rezeki aku, kena ngajar sesi petang budak tingkatan satu, dua...alhamdulillah..terlepas aku satu bala...Cikgu-cikgu sekolah ni pulak keseluruhannya semua OK dan mesra...guru pembimbing aku lagi la sporting, iaitu Pn Jazlida..markah aku semua die bagi A...hehe...cume satu je cikgu aku tak suke, guru disiplin iaitu Mr Mogan (bukan nama sebenar). Sebab aku tak suke sebabnya dia gunakan pelajar aku suruh jaga kerete mesdis kokak dia tu...ade ke patut? pastu dia suka cakap berbelit-belit membela kaumnya la tu konon..jahat betul die..antara yang menjadi mangsa die ialah guru pembimbing aku..mak ayah pelajar datang serang guru pembimbing aku sebab kata-kata guru pembimbing aku telah di putar belitkan oleh pelajar yang kene marah dan juga dibantu diputarkan lagi oleh si mogan tu.............(bersambung.........)